Followers

Monday, August 22, 2011

Bagaimana Menerbitkan Video? Entah.

"Fill in a circular hole with a peg that's square," Don't Sit Down 'Cause I've Moved Your Chair by Arctic Monkeys.

Saya diberitahu oleh bapak saya tentang

Pertandingan Mencipta Video Merdeka bagi Pelajar-pelajar Sekolah Seluruh Malaysia

anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


( http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=887 )

Pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar SEKOLAH MENENGAH seluruh Malaysia. Walaupun saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang ini, saya tetap ingin berkongsi idea, pengalaman dan pendapat tentang

“Bagaimana Menerbitkan Video”

kerana saya percaya ramai yang mampu mencipta sesuatu yang berkualiti tinggi dengan hanya sedikit galakan dan panduan. Saya tahu apa yang saya kongsi ini bukanlah seratus peratus tepat dan boleh diterima untuk semua keadaan, namun saya harap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan disekolah sekurang-kurangnya buat permulaan. Tentunya adik-adik terperasan yang artikel ini ditulis dalam Bahasa Malaysia. Ini dibuat agar dapat membantu menarik minat lebih ramai pelajar untuk mengambil bahagian.

Seperti menulis resipi memasak, mula-mula kita senaraikan ramuannya dahulu. Keperluan-keperluan asas bagi penerbitan sebuah video ialah kamera video dan komputer. Kamera ini boleh saja samada jenis HD atau SD, SLR atau automatic. Yang penting memory card yang besar (atau cukup besar bagi jumlah rakaman yang di rancang). Komputer yang digunakan juga boleh saja samada desktop atau laptop asalkan ada program mengedit seperti MovieMaker, Dreamweaver, iMovie atau Sony Vegas (yang saya gunakan). Kemudian kita perlukan model atau pelakon (kalau hampa nak buat sketsa) atau gambar/dokumen dan suara latar dan/atau muzik sekiranya ia jenis kolaj dokumentari. Dan ramuan yang paling penting dalam penerbitan video (pada pendapat saya) ialah skrip yang baik.

Langkah-langkah mudah:

1. Bincang nak buat apa. Bincang elok-elok. Lantik seorang untuk catat apa yang penting, atau semua pakat catat apa yang di rasa penting. Boleh saja kalau nak buat video ‘narative’ (bercerita) atau sketsa. Atau boleh jugak kalau nak buat montage atau kolaj beberapa ratus gambar yang membawa makna diselang seli dengan ‘naration’. Kalau berbentuk sketsa pendek, boleh dibuat secara komedi, slapstick, sarcasm, polemic, dramatic, sedih, surprise ending, misteri atau spoof. Fikirkan tentang video-video atau movie yang hampa suka. Lepas tu, fikirkan “apa yang saya suka tentangnya?” baik dari sudut dialog, penceritaan, camera angle, directing, tempo dan sebagainya. Berusaha untuk buat apa yang kamu suka tu. Fikirkan juga tentang video-video atau movie yang hampa tak suka dan fikirkan juga “apa yang saya tak suka tentangnya?” dan berusaha untuk tidak membuat apa yang kamu tak suka tu. Simple pimple tak?

2. Membuat story board untuk video. Story board ialah rangka kasar tentang cerita beserta kaedah penceritaan mengikut rangka masa dan sumber yang ada. Story board biar tak cantik asalkan senang di fahami dan menyeluruh. Kalau dalam penceritaan itu perlukan skrip maka hendaklah dibuat skrip. Tak perlu dibuat terlalu detail. Berikan ruang untuk improvisasi (dialog spontan). Contoh storyboard yang saya cari dari laman web ialah seperti di bawah:

Diambil dari sini.

Kalau dah diisi ia akan kelihatan seperti ini:

Diambil dari sini.

3. Kemudian sampailah ke peringkat pengambaran. Ambil beberapa “take” atau “shot” bagi setiap adegan kerana kadang-kadang kita akan sukai apa yang kita ingat rosak (bloopers) sebelum ini. Sekiranya tidak mempunyai memory card yang besar, pindahkan ke hard disk setiap sesi pengambaran dan di label dengan baik dan mudah diingat dan disusun. Semasa pengambaran, ingatlah supaya buat di masa cahaya semulajadi sedang baik (kalau nak guna cahaya semulajadi). Kalau tidak, perlu difikirkan macam mana menggunakan artificial lighting. Cari la torchlight ka table lamp ka apa ka supaya terang “shot” hampa tu. Begitu juga dengan latar bunyi. Elakkan juga gangguan dari segi suara, adegan dan kadang-kadang tetamu yang tidak diundang masuk ke dalam scene. Contohnya semasa berlakun adegan tahu 1957 kelihatan iPhone4 di atas meja Tunku Abdul Rahman (unless hampa memang nak buat lawak had stai camtu la kan?)

4. Kemudian masuklah ke peringkat editing. Berbagai program video editor yang berada di pasaran. Pilihlah yang bersesuaian. Antara teknik teknik editing yang boleh digunakan ialah menggunakan efek hitam-putih, filem klasik, cloning dan lain-lain. Jangan masukkan teknik teknik ini semata mata untuk menambah efek, tetapi mestilah kerana penggunaannya membantu kaedah penceritaan. Kemudian, masukkan teks dan credit di mana bersesuaian dan bila diperlukan.

5. Langkah terakhir sebelum menghantar video itu untuk pertandingan ialah membuat pra-tonton kepada rakan-rakan atau anggota keluarga untuk pendapat dan pandangan yang jujur. Sesudah itu buat perbincangan terakhir samada masih perlu membuat apa apa pertukaran atau suntingan kepada video tersebut. Sesudah itu, bolehlah dihantar ke alamat yang diberikan di sini dengan format yang telah ditetapkan.

6. Isi borang ini http://skmm.gov.my/attachment/pdf/Borang_Penyertaan.pdf

7. Semak sekali lagi samada kumpulan anda mengikut setiap peraturan yang dinyatakan di sini: http://skmm.gov.my/attachment/pdf/Syarat%20Penyertaan.pdf

8. Menang atau kalah penyertaan anda tidaklah sepenting mengambil bahagian. Pengalaman ini akan menjadi kenangan anda sepanjang hayat.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA!!!

May peace be upon all of you!

Cheers!

13 comments:

ali said...

err.. nak masuk ke taknak pertandingan ni ? ermmm...

LynnAiza said...

terbaik la anuaq!so,budak2 skolah,grab the chance.dah dpt tips yg sgt awesome ni. ;)

syieda_syaada said...

wahhh bagus3..bley amek gak tips nie utk wat assignment saya nanti..thanks yah for the tips :D

Risha Rashid said...

leh x bg advise ktner leh download or cari site for editing video nie...

SafwanRahman said...

alaaa..bukan SEKOLAH MENENGAH xboleh ke??sedih2

zaty said...

alaaa..dah lepas zaman sekolah menengah ^^'

Sara Roger said...

Hello AnwarHadi ! Haha. Yes, I saw the ads on RTM and I felt like one of those love-at-first-sight moments. At that point, I knew I am going to make something . Thank you so much for the tips . It helps. I am in the process of making this thing, and so far, still stuck at story board. However, I am the only one working on this. A few reasons why :
- I'm the one who found out about this and invite them to form a group with me
- I sort of have the ideas
- I'm the only one who knows how to edit videos and video taking stuffs

I am really enthusiastic to join. But I believe my friends who joined really focused on the PRIZES only. I mean, look at the prizes! iPhones, cameras, sape taknak kan?

But I have this feeling where I feel unfair towards myself, because I'm the only one working hard on this while the rest just wait, and if we win, they enjoy the prizes as much as i did but didn't put as much hard work.

susuchan said...

tiba terasa semangat nak sertai setelah membaca entry anda.sangat berguna.thanks for sharing^^

sue perbs.. said...

wah bestnya ada prtandingan2 mcm ni.. gud luck la kpd adik2 yg join.. ^_*

han hanan said...

thanks for the chipsy tipsy in this entry.It will help me through vlogging.Btw im just a 12 yrs old girl so not enough to join da contest -___-.Hopefully I can make a better video like you or matluthfi.Pray for me :)Amin

Anonymous said...

thanx 4 the tips... it is really helpful.... especially the editing part... i'm lack of skill when reach that part.. >.<

hidup seorang remaja islam said...

Jai : Pak Haji!
Pak Haji : Ada apa Jai?
Jai : Anak Pak Haji si Shark maen judi.
Pak Haji : Astagfirullah!
Jai : tapi menang.
Pak Haji : Alhamdulillah..

nurinsyafiqah said...

want to watch ur new video please please........