Followers

Thursday, August 15, 2013

Man Purse

"I'm just a crosshair," Take Me Out by Franz Ferdinand.

Disclaimer: This is a work of fiction. Characters portrayed here tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Meows.


***
Lepak at Starbucks pada hari yang panas lagi haze. Heh, tak sangka aku dah boleh actually beli sesuatu sambil lepak sini. Siap ada smartphone lagi. Tapi aku bukan reti pakai sangat, benda baru sebulan beli. Plus, takdak siapa yang nak ajaq aku macam mana nak guna benda tu, except brader yang juai kat aku tu lah bagi tutorial sikit-sikit. Dia tu Melayu, tapi taktaw pasepa nak kena cakap accent Cina ngan aku. Nak kata aku muka Cina, dak pun. Siap muka ala hero Hindustan pun ada. Aku cakap pun bukan ada pelat Cina ka apa, cakap Penang camni ajalah. So, fon mahai-mahai simpan dalam beg LV Petaling Street ni ajalah. Kat Malaysia ni takleh nak tayang sangat, nanti ada mata yang berkenan satgi, buat naya aku ja. Beg ni pun aku dok tengok ramai dok pakai lani. Aku taktaw la sama ada orang pakai untuk fashion atau function. Nak kata fashion, huduh ja aku tengok. Function la kot. Ya la, masing-masing dah ada smartphone la, tablet la apa la, tak muat dah nak letak dalam poket semua benda tu. Aku pun pakai untuk function la jugak. Boleh letak benda lain sama selain gadget-gadget ni.

Hm, 4.15pm. Banyak lagi masa.

Kalau pikiaq balik, dulu mana ada aku nak boleh lepak-lepak tempat macam ni. Kalau lepak pun, tak beli apa-apa lah. Just lepak semata-mata, sampai ada waiter halau pasai tak beli apa-apa. Time jadi student dulu pun, mana ada duit nak beli air secawan nak dekat dua puluh ringgit ni. Duit pinjaman dapat berapa langsung. Tambah pula aku bukan jenis berniaga or anything. Aku takdak masa dan takdak kerajinan. Jadi aku dok lah lepak sorang-sorang mana-mana yang sesuai dengan keadaan diri aku yang macam dulu tu. Lani pun still lepak sorang-sorang gak. Cuma lani atas urusan kerja. Bukan macam dulu, lepak nak lari dari belajaq.

Buat masscomm kat universiti takbes mana pun. Ya la ada kawan sana sini, tapi tak pernah plak ada bespren ka apa. Jarang ada orang ajak lepak kat luaq. Kalau ada pun pasai nak pau rokok aku la kot. Girlfren pun pernah ada sorang ja dulu, tapi tak sampai dua minggu pun lepaih tu dapat taw kata dia dok keluaq ngan orang len sama. Pasaipa dia nak kapel ngan aku in the first place pun aku taktaw. Bila tanya dia, bukan dia nak habaq. Hadoih.

Aku buat masscomm bukan nak jadi artis. Ya la, ramai member sekelaih, bila tanya pasaipa amek masscomm, yang tu lah jawapan dia, walaupun depa tak guna wording yang tu sejibik, tapi it doesn’t take a genius to deduce that their ultimate goal is to be rich and famous. The rich part tu tak tentu lah, tapi femes tu sudah pasti depa nak. Depa ingatkot bila femes tu kekayaan mai sekali kot. Haih. 

Aku buat masscomm pun pasai takdak opsyen lain dah. Tu ja tawaran UPU had aku dapat. Kalau bukan diploma masscomm, memang menganggur lah aku, and aku tak bersedia untuk kehidupan bekerja lagi time lepaih SPM dulu. Bukan macam aku ada tanggungjawab nak kena pikul ka apa, parents aku buat macam aku dah takdak ja, sejak sekolah lagi. Aku taw depa sibuk cari duit, tapi sampai abaikan anak depa sendiri, aku rasa tak patut ah. Jadi aku amek keputusan sambung belajaq supaya aku bleh keluaq rumah, dok hostel, amek PTPTN, setel hidup aku tiga tahun. Aku balik rumah pun bila ja? Bila cuti lama and depa tak bagi dok hostel. Time raya ngan cuti sem. Aku balik rumah pun bukan buat apa. Dok main DotA sorang2 dalam bilik. Bukan main online pun. Just main lawan ngan AI. Main ngan manusia lain menyusahkan ja. Dengan lag la dengan abbreviation yang aku tak paham la. Bek aku men sorang. Takdak sapa kacau, aku pun tak kacau orang. Senang hidup.

Lani dah habeh belajaq, aku tak sangka aku nak masuk bidang ni. Agak rare la kat Malaysia ni sebenaqnya. Ya lah, Malaysia ni bukannya Amereka ka apa ka, susah nak jumpak orang yang cari makan guna cara ni ja. Femes tu memang femes, duit pun dah ada dah lani, tapi orang tak kenailah aku ni sapadia. Tu bleh lepak Starbucks buat rilek ja. Syok. Duit pun masuk, reputasi pun ada, tapi masih lagi dapat kekalkan identiti diri di khalayak. It doesn’t get much better than this. Maybe lepaih ni aku boleh up-kan lagi harga servis aku kot. Ya la seribu ringgit per pax tu cukup makan dah bagi aku yang sederhana ni, tapi maybe lepaih ni aku mintak lebih, boleh la aku lepak Starbucks ni kerap-kerap sikit. Ayaq dia tadi tu pun sedap. Nama apa pun aku dah lupa dah. Ice-blended apa ntah?

Eh, dah habeh pun office hour. Time to get to work. Amek helmet full-face aku, naik LC135 kaler biru aku ni. Plate baru tukaq ja from last time, tapi paint job aku tak bothered nak tukaq. Common kot design template dia ni. Kalau aku pi boh custom paint job, tak ka lagi senang orang nak recognize? Agak pendek akai la orang had pi cat balik dia punya moto bila dalam bidang ni. Manusia ni stai tak pikiaq, tu yang payah tu.

Ha, tu dia BMW had aku dok cari. Macam biasa lah. Ikut sampai lebam. Tapi tak lebam pun selalunya. Jam kat KL ni sumpah dependable punya. Cuma tunggu dia ni masuk stesen minyak ja. Cepat la, dah merah dah tu meter. Rumah hang bukannya dekat. Ha, masuk pun. Aku agak bangga la ngan diri sendiri come up dengan idea untuk buang minyak dalam kereta dia masa dia still kat opis tu, memaksa dia untuk pi isi minyak as soon as possible. Mana aku dapat akai camni pun aku taktaw. Modai kena keluaq la sikit nak beli fuel cap tu, tapi berapa ringgit ja. Lagipun aku claim ja kat client aku. Small is the matter. Asalkan senang sikit kerja aku paihtu.

Ha, minyak dah isi, lani cuma tunggu lampu merah. Uish, lambat skit nak jumpak merah ni pun, aduhai. Ha, berhenti pun. Go time.

***
The motorcyclist tapped onto the window of the the blue BMW using a fuel cap and waved it to the driver. The driver was startled at first, being previously busy on his bluetooth-hooked phone discussing God knows what, then gave a puzzled look to the motorcyclist. Did I leave the fuel-cap behind? He nevertheless rolled down his window. Just as he was about to hold-out his hand to receive the fuel-cap, the motorcyclist put his hand into his faux LV man-purse, wrapped his fingers around the silenced hand-gun and pointed the bag in the driver’s direction. With a squeeze of the trigger and a bullet through the  bottom of his man-purse as well as the BMW driver’s forehead, he went ahead to the front of the traffic jam and waited five seconds for the traffic light to turn green before speeding off into the hazy street.

***
Damn, aku dok pegang lagi fuel cap neh. Buat qeja tak ikut procedure plak aku. Tudiala, seronok sangat first time dapat headshot, sampai lupa abeh nak bagi hadiah. Oh well. Next time, maybe.

7 comments:

Mat Tempoyak said...

Kejadian tembak menembak ni makin menjadi-jadi sekarang. Masih amankah Malaysia? -.-'

hanisakura said...

innalillahi wainna ilaihi rojiun. ad keje kosong x? :3

Cik Mimpi90 said...

first baca fikir positif dia ni keje salesman kot..then wow!! sadis..:P

Aneesah said...

Whoa. Horrifying. But well-written mashaAllah. :P

fatin hazirah said...

nice sharing ,
u made me into your situation :D

orang kedah sini :)

ikhwaniey said...

ada kelainan sket entri kali ni...tp still best

hC said...

bila baca ni, rasa cm hang tgh cakap kt vlog.