Followers

Saturday, February 18, 2017

Jemputan Membaca Buku 2017 Video Script

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tahun lepas saya start buat review buku. Lebih kurang sebulan sekali saya akan post satu video dimana saya bincang sebuah buku. Saya cakap tentang apa yang saya suka dan kurang suka tentang buku tersebut serta saya rekemen kat siapa buku tu.

Tahun ni saya akan sambung buat, pasai saja syok-syok nak buat. Dan jugak pasai saya masih lagi rasa macam kita tak cukup sembang tentang buku-buku yang ditulis oleh penulis Malaysia. Saya nak lagi ramai orang bincang pasai pendapat depa tentang buku yang ditulis oleh penulis Malaysia, dan ini adalah salah satu usaha saya kearah mencapai matlamat tersebut. Plus, saya memang jenih buat palataw.

Format review saya most probably akan sama ja dengan yang sebelum-sebelum ni, pasai saya tak terpikiaq lagi macam mana nak buat cara lain yang senang bagi saya.

Saya akan habaq awai-awai buku apa yang akan saya review pada bulan-bulan yang akan datang, supaya hampa boleh baca sekali, kalau hampa nak. Review akan di-upload pada akhir bulan  yang disebut.

Untuk bulan Februari kita akan review Young and Malay, edited by Ooi Kee Beng and Wan Hamidi Hamid.

Untuk Mac, kita akan bincang Gantung, ditulis oleh Nadia Khan.

Untuk April, kita sembang pasai buku Peninsula: A Story Of Malaysia by Rehman Rashid.

Mei, kita akan tengok buku Brave New World, by Azmi Sharom.

Untuk bulan Jun, kita akan try buku Assalamualaikum: Ulasan Tentang Islamisasi Di Malaysia yang ditulis oleh Zaid Ibrahim.

Julai, kita akan baca dan bincang buku Sekolah Bernama Kehidupan, ditulis oleh Asmar Shah.

Untuk bulan Ogos, kita akan try baca buku Alif Lam Lam Ha ditulis oleh Kru Universiti Terbuka Anak Muda.

Dan pada bulan September, kita akan bincangkan buku Anarkis, ditulis oleh Khairul Nizam Khairani.

Kalau saya rajin, saya akan tambah lagi buku selepas tu, tapi setakat ni, buku-buku tu yang saya nak bincangkan untuk tahun 2017, inshaAllah.

Kalau ada cadangan penambahbaikan cara saya buat video atau cara saya bincangkan buku-buku ni, bolehlah tinggalkan komen di ruang yang telah disediakan dibawah.

Kalau ada soalan lain, boleh emel atau tweet saya di iniuntukakusahaja@gmail.com dan @inianwarhadi respectively.

Dan kalau hampa suka dengaq podcast, saya ada podcast dengan isteri saya dimana kami sembang tentang perkara-perkara berbangkit. Boleh jumpa di soundcloud atau itunes, namanya BuahMulut. Kalau hampa suka dengaq dua orang sembang-sembang kosong saja-saja untuk mengisi masa lapang, boleh la try dengaq.

Sekian saja kot untuk video kali ni.

May peace be upon you.

No comments: