Followers

Thursday, May 7, 2015

Menyuarakan Pedapat

Dalam harini punya suasana di media sosial, saya rasa macam issues have been popping up macam cendawan tumbuh lepaih tabur spora kat ataih tanah subur. Ada saja benda untuk sembang kat internet, sama ada di fesbuk atau twisder, wasep dan sebagainya. Banyak sangat dan kerap sangat muncul sampai lani saya rasa macam dah tak menang tangan dah nak keep up. Last sekali geleng pala, makan pisang, tidoq petang.

Tapi tu saya ajalah. Saya ni dah jadi macam malaih nak bukak mulut tentang benda yang saya tak berapa nak arif, especially bila takdak sapa tanya pun pasai benda tu kat saya. Tiba-tiba nak bagi pendapat kat apa-apa isu tu mungkin cara beberapa orang, tapi bukanlah stail yang saya senangi.

Saya lagi prefer kalau lepak chill relax dulu, try baca dulu apa yang boleh, kumpoi fakta tentang perkara tersebut kalau rajin (saya letakkan penekanan kat "kalau rajin" ni, pasai selalunya saya tak rajin), and kalau ada orang tanya, baru habaq.

Yang terjadi mutakhir ini ialah dengan akses kepada media sosial, kita cukup senang nak suarakan pendapat kita yang sepanjang 140 aksara tu kat dunia. Terlalu senang sampai ada yang rasa macam "ish, benda ni semua orang dok sembang! Aku kena sembang gak! Mana buleh orang taktaw pendapat aku tentang hal X, Y dan Z!"

Saya kurang senangi approach ni pasai saya rasa macam perasan la pulak bila dok bagi pendapat bila takdak sapa tanya kita pun. Macam pi kedai makan paihtu habaq kat waiter tu kita punya pendapat tentang sistem pendidikan negara secara tiba-tiba dan tak kena, padahai dia cuma nak taw hang nak order apa ja.

Tapi pada masa yang sama, apa yang saya dok buat kat blog ni pun benda sama lah kot. Dok habaq pendapat saya pasai benda yang takdak sapa tanya pun. Gelak sikit diatas hipokrasi diri sendiri.

Tapi the thing is, memang saya tuleh ataih blog ni pasai nak syok sendiri pun. Ni ialah tempat saya tuleh supaya dapat jadi penuleh yang lebih baik kelak. You could never tell from this particular piece of writing lah, that's for sure. But here, I do write for me. I write to improve myself, to make my thoughts clearer to myself.

Dan mungkin itu jugak sebab orang tuleh pendapat depa so freely on the social media platforms. Kalau tu sebab dia, then more power to you. Dia akan jadi sedih kalau kita just tuleh pasai kita rasa macam tu apa yang orang keliling hang nak, pasai semua orang keliling hang dok buat benda tu jugak, dan bukan apa yang hang nak pun sebenaqnya. Kita kena clear about kita punya intentions of producing any piece of work. Pasaipa aku buat benda ni? Why am I bringing this into the world? Dan bila kita dapat jawapan tu, then kita lagi selesa dengan diri kita sendiri, saya rasa.

Saya rasa ajalah. Taktaw for sure.

1 comment:

amalina kamarulzaman said...

Maksudnya encik anwar tkkn keluarkn apa2 pndpt on any issues if tkdak sapa tnya pun pasai tu kt encik?