Followers

Sunday, July 23, 2017

Wonder Girls: Misteri Kehilangan Kuih Raya

So last Friday, my school held a Raya celebration thingy. I was put in charge of coming up with a performance for the Tahap 1 kids, so I wrote a short short play and got my standard 3 students to stage it. It went alright.

I'll put the script here for two main reasons. One, to archive it on the internet. Two, to allow anybody who needs a short 4-minute script to play with children to get a copy of this one, if they so choose. If I could add a third reason, I'd say that it's because I particularly like this story, but that's vanity speaking.

Here's the script:

Wonder Girls: Misteri Kehilangan Kuih Raya written by Anwar Hadi

Pada suatu hari, terdapat tiga orang kawan: Wani, Wati dan Wawa. 

Wani: Hi, Saya Wani!
Wati: Saya Wati!
Wawa: Wawa!
Wani & Wati : Kami Wonder Girls, dan kami suka tolong orang!
Wawa: Wawa!

Pada hari raya yang lepas, semasa mereka baru selesai menolong seorang makcik membawa barangnya balik ke rumah beliau, mereka didatangi oleh Amir yang memberitahu mereka suatu masalah yang dihadapinya.

Amir: Wonder Girls! Saya ada masalah dan saya perlukan pertolongan kalian!
Wani: Apa masalahnya Amir?
Wati: Ha’ah, kami bersedia untuk menolong!
Wawa: Wawa!
Amir: Baiklah Wonder Girls. Kuih raya di rumah saya semua hilang! Dan bila saya tanyakan jiran-jiran saya, kuih raya mereka juga hilang!
Wani: Wah, ini adalah suatu misteri!
Wati: Ha’ah, misteri kehilangan kuih raya!
Wawa: Wawa!
Wani: Betul juga cakap Wawa, kita memang patut tolong!
Wati: Ha’ah, jangan risau Amir, kami akan cuba selesaikan misteri ini dengan segera!
Amir: Baiklah Wonder Girls, terima kasih dan selamat hari raya!

Dan dengan itu, Wonder Girls menziarahi semua rumah untuk bertanya tentang misteri kehilangan kuih raya untuk mengumpul maklumat yang mungkin bernilai untuk siasatan mereka.

[Wonder Girls bertanya orang kampung dan menulis nota dalam buku nota mereka]

Tetapi selepas dua jam mengumpul maklumat, mereka tidak mendapat banyak maklumat yang berguna.

[Wonder Girls duduk keletihan]

Wani: Macam mana ni kawan-kawan? Kita tak dapat pun maklumat yang berguna!
Wati: Ha’ah la. Dan hari sudah pun suntuk. Nanti kita tak dapat beraya pula hari ni.
Wawa: Wawa!
Wani: Cadangan yang baik Wawa! 
Wati: Ha’ah, lagi baik kita pergi beraya dan makan dulu untuk mengembalikan tenaga kita supaya kita dapat berfikir dengan lebih jelas!
Wani: Jom ke rumah Uncle Ravi!
Wati: Ha’ah, jom!
Wawa: Wawa!

Wonder Girls pergi ke rumah Uncle Ravi dan duduk untuk makan bersama tetamu-tetamu lain. Semasa mereka sedang makan, Wani ternampak seseorang sedang mengambil kuih raya yang banyak sekali.

Wani: Eh, korang. Tu Faris kan? Banyaknya kuih raya yang dia ambil!
Wati: Ha’ah la, entah-entah dia la yang mencuri semua kuih raya orang lain!
Wani: Kita patut tangkap dia!
Wawa: Wawa!
Wani: Kenapa pulak Wawa?
Wawa: wawa wawa wawa, wawa wawa wawa.
Wati: Ha’ah la, betul cakap Wawa tu. Lagi baik kita ikut dia, tengok dia bawa semua kuih raya tu kemana. Dengan cara itu, kita dapat jumpa semua kuih raya yang lain juga!
Wani: Good job Wonder Girls! Jom kita ikut dia.

Wonder Girls mengikuti Faris secara senyap-senyap sehinggalah sampai ke sebuah rumah yang buruk dan tampak kosong. Bila sampai ke rumah itu, Wonder Girls nampak Faris meletakkan kuih raya diatas meja disebelah katil dimana terlantar ayahnya yang uzur. Wonder Girls sedar yang Faris hanya mahukan suasana raya di rumahnya dimana tiada sesiapa disitu kecuali ayahnya yang sakit.

Wani: Kesiannya Faris. Kita beraya meriah-meriah, tapi tiada sesiapa pun tolong memeriahkan hari raya Faris dan ayah dia.
Wati: Ha’ah la, kesian Faris dan ayah dia.
Wawa: Hmmm, Wawa!
Wani: Apa? Wawa ada idea?
Wawa: Wa. Wa.
Wati: Ha’ah la, idea yang terbaik! Betul kata Wawa yang kita patut ajak semua orang datang ke rumah Faris dan bawa segala jenis makanan yang mereka boleh bawa supaya dapat memeriahkan suasana raya di rumah Faris untuk ayahnya!

Dan dengan itu, Wonder Girls menjemput semua jiran mereka untuk beraya di rumah Faris bersama ayahnya yang sedang uzur. Faris dan ayahnya sangat berterima kasih terhadap jasa baik Wonder Girls dalam menolong mereka mengecapi suasana hari raya yang meriah semula.


Sekian, terima kasih.

1 comment:

midori182 said...

Wawa has got some insights gurl